TAUHU GORENG SOS PEDAS MANIS

Saturday, May 21, 2016

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Pedas-pedas manis, begitulah rasa menu tengahari Ana hari ini. Bila hari cuti macam ni memang malas kan nak masak beria-ria sangat, jadi masak yang simple sudah, asalkan kenyang...
Dah agak lama jugak tak makan tauhu, jadi cuba masak resepi ni. Berbaloi rasanya kerana sangat mudah menyediakan, bahan pun tak banyak dan paling penting sedap bila masuk kat dalam mulut... hehehe...
 Jom semak bahan-bahan dia...


Tauhu Goreng Sos Pedas Manis
 


Bahan-bahannya:
 
5 keping tauhu lembut
Sedikit cili sos
Sedikit garam
2 sudu makan gula
Sedikit air

 * Bagi yang tak suka manis, boleh kurangkan gula yer...

Bahan Kisar:
10 tangkai cili kering direbus & toskan
2 biji bawang besar



Cara Memasak:
Panaskan minyak, goreng tauhu sedikit garing & belah dua.
Tumis bahan kisar sehingga garing dan bubuh sedikit air, biar seketika.
Masukkan cili sos, garam & gula, biar sedikit pekat.
Terakhir masukkan tauhu goreng tadi, kacau- kacau sekejap dan bolehlah dihidangkan.



Selamat Mencuba!

You Might Also Like

2 comments

  1. Masa sekolah asrama dulu selalu makan. Dkt rumah tak mkan sgt tauhu . RIndunya zaman sekolah. Eh teremo pulak dkt sini. huhu

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe