KURMA TELUR MELETUP!

Wednesday, April 27, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kurma Telur Meletup! 




Korang dah makan ke belum? Mesti tengah lapar menggigilkan? Hahaha... dah teruk sangat bunyinya kan... Dah tu ape tunggu lagi... let's masak!!
Nak tau sebab ape dinamakan kurma telur meletup? Mudah saja, bila korang makan for sure meletup-letup pujian sebab sedap sangat kan... hahaha 

Tak rugi korang mencuba... jomm!



Bahan-bahannya:
10 biji telur ayam direbus dan dikupas kulit 
3 biji kentang dibelah dua dan direbus (jangan buang kulit) - sudah empuk baru dibuang kulit 
1 cawan pati santan 
1 biji buah tomato dipotong dadu 
6 biji cili padi dipotong dua (tak putus) 
2 biji cili hijau dibelah dua 
1 biji buah tomato dibelah empat 
1 biji bawang besar dibelah empat 
Sedikit perahan limau nipis 
Garam secukupnya 
Minyak untuk menumis

Bahan Tumis:
1 biji bawang besar dihiris 
2 ulas bawang putih dihiris 
2 inci halia dihiris 
3 tangkai daun kari 
Rempah empat sekawan, tau ke ape tu rempah empat sekawan? 

Sila rujuk di bawah...



=
3 biji buah pelaga 
1 inci kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
3 kuntum bunga cengkih

Bahan Kisar:
4 sudu besar rempah kurma (Ana guna rempah babas) 
1 inci halia 
2 ulas bawang putih 
1 biji bawang besar 
* campur kesemua bahan dengan sedikit air untuk sebatikan.

Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak di dalam periuk.
2. Masukkan bahan tumis sehingga terbit bau harum dan sedikit kekuningan.
3. Selepas itu masukkan bahan kisar dan kacau. Tutup tudung periuk dan masak sehingga terbit minyak.
4. Kemudian masukkan buah tomato dadu dan cili padi dan masak sehingga rempah sedikit garing dan keluar minyak.
5. Setelah itu masukkan telur rebus dan kentang diikuti dengan santan pekat. Sekiranya kuah agak pekat, boleh tambah air.
6. Masukkan garam dan terakhir sekali masukkan potongan buah tomato, potongan bawang besar, cili hijau dan perahan limau nipis. Kacau rata dan masak seketika lebih kurang 2 minit.
7. Tutup api dan bolehlah dihidangkan dengan nasi panas, sambal belacan dan ulam timun.



Tips Memasak: Kentang eloklah direbus dahulu supaya proses memasak menjadi lebih cepat, tapi pastikan direbus dengan kulitnya supaya tidak berkurang rasanya.



You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe