NASI DAGING UTARA - MENU BERBUKA (7)

Sunday, July 05, 2015

Assalamualaikum & salam sejahtera.


RESEPI NASI DAGING




Bahan untuk stok daging:

1kg daging lembu - dipotong kiub besar-besar
3 inci halia - dipotong nipis
1 biji bawang besar - dihiris nipis
Garam secukup rasa

Cara :

Rebus daging bersama semua bahan-bahan lain sehingga lembut dan empuk.

Asingkan daging dan airnya.

Daging dihiris lebar nipis.


Bahan-bahan Nasi:

2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
4 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar margerin
3/4 tin susu cair
3 (tin susu) beras siam
3 biji buah tomato saiz besar - dicincang
4 1/2 (tin susu) air rebusan daging - atau lebih ( terpulang ikut beras yang kita guna )
2 helai daun pandan - disimpul
4 sudu besar rempah kurma- dibancuh dengan sedikit air
Garam secukupnya

Bahan kisar:

6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 - inci halia

Cara Memasak:

Cuci beras dan tapis.

Panaskan minyak dan cairkan minyak sapi.

Tumis daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.

Kemudian masukkan bahan kisar dan serbuk rempah kurma. Tumis sehingga naik baunya.

Masukkan air rebusan daging dan tomato cincang. Didihkan sekejap.

Masukkan pula beras dan juga daging.

Tambah garam jika kurang rasa.

Masak seperti masak nasi biasa sehingga kering airnya.


RESEPI AIR ASAM




Belacan sebesar ibu jari kaki - dibakar & 15 biji cili padi ( keduanya diblend).

1 cawan air asam pekat
5 biji tomato masak - dihiris nipis
3 biji bawang besar - dihiris nipis
2 sudu makan gula
3 sudu makan sos cili

Cara membuatnya:

Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk.

Kacau-kacau biar sebati. Jika terlalu pekat tambahkan air sedikit.

Rasa - jika terasa kurang masam atau terlalu pedas, bolehlah dimodified tambah asam jawa atau gula.


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe