MENU LUNCH - IKAN SIAKAP STIM LEMON

Saturday, January 31, 2015

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Hai... apa yang korang tengah buat yea?? Sebenarnya Ana nak cerita pasal lunch tadi punya menu.
Ana masak ikan siakap stim lemon... Resepi mudah, tengok buku resepi mak.
Jom cekidot bahan-bahannya...


Bahan utama:

Lemon


Ikan siakap


Mesti ada loyang dan pengukus


Inilah rupanya bila dah masak


Bahan-bahannya:

2 ekor ikan siakap - dibersihkan dan lumur garam
4 ulas bawang putih - dicincang halus
2 biji bawang besar - dihiris halus
15 biji cili padi - diketuk
4 batang serai - diketuk
2 inci halia dihiris
1 sudu makan gula
1 biji lemon - ambil jusnya
1 sudu tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air
2 sudu makan sos tiram
Daun bawang untuk hiasan

Cara membuatnya:

Susun ikan dalam loyang
Taburkan kesemua bahan
Tuangkan bancuhan tepung jagung dan perahan lemon
Panaskan kukus dan masukkan loyang tadi
Kukus selama 15 minit
Alihkan ikan dan kukus lagi 15 minit
Angkat dan sedia untuk dihidang panas


Selamat mencuba.



You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Cbox

Subscribe